Apa yang kita akan belajar di matrik? Pt. III


 
Credit gambar: Budak KMS

7) Pengajian Am (WP001)

Silibus
  1. Kemahiran Komunikasi
1.1 Asas komunikasi dan Cara perhubungan
1.2 Temuduga
1.3 Pengucapan Awam

      2. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara

2.1 Perlembagaan
2.2 Badan Perundangan
2.3 Badan Kehakiman
2.4 Badan Eksekutif
2.5 Sistem dan Struktur Pentadbiran

      3. Keamanan dan Kemakmuran Negara

3.1 Definisi Keamanan dan Kemakmuran
3.2 Kepentingan keamanan dan kemakmuran
3.3 Isu dan cabaran
3.4 Revolusi Industri 4

      4. Dasar-dasar Negara

4.1 Ciri sebuah negara
4.2 Dasar-dasar utama negara


Korang jangan terkejut, ini bukan pengajian am standard stpm. ini versi matrik, tak susah dan relax je. Madam aku memang kalau dia masuk kelas, dia tak suruh kitorang tulis tulis ke kerja ke just relax dan enjoy class. Best kan? Madam Vira <3 

Jadi, apa yang kena buat untuk subjek PAM (pengalaman aku):

1. Resume (Individu)
2. Video PAM (Berkumpulan)
3. Forum/Poster

Ada juga belajar tatacara makan beradab, teknik pengucapan awam dan bincang pasal isu semasa. nak A buat je apa madam suruh, you'll get it :)

8) Pendidikan Islam/Moral


Penilaian/Pentaksiran

  1. Pembentangan (Individu) - 20%
  2. Forum (kumpulan) - 60%
  3. Penulisan Ilmiah (Individu) - 20%

Komen: Aku tak letak silibus kat sini macam banyak je, korang mesti malas baca kan? Tekan link tu kalau nak tahu. Aku pam & pai waktu sem 2. Sebabtu aku rasa serabut sangat kena prepare bentang, forum, penulisan ilmiah bagai. Memang kena hadap jela, kat sini kita belajar untuk bercakap depan orang dengan baik dan tenang. The more we prepare, the better the result. Buat sehabis baik, tak susah pun okeh.


Itu sahaja setakat ni. Aku harap korang boleh imagine apa akan belajar kat matrik nanti, kalau yang semangat boleh je start belajar belajar kat youtube. Ingat balik maths apa semua. Dah terpanjang tapi aku harap bermanfaat. Selamat maju jaya, lepasan SPM sekalian! 

Next, aku akan share nota nota belajar, youtube channel yang bantu aku waktu matrik. Stay tuned!



0 comments